Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) bukanlah satu dana tetapi merupakan satu pelan hala tuju 10 tahun di mana ia adalah kesinambungan daripada dasar dan rancangan Bumiputera terdahulu yang bertujuan memperkasa ekonomi Bumiputera bagi memastikan kelestarian dan kesaksamaan, sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) agar tidak ada Bumiputera yang ketinggalan. TPB2030 juga mengambil kira keadaan semasa, termasuk kesan pandemik serta jangkaan keadaan yang akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang.
TPB2030 telah mengenal pasti beberapa sasaran awal yang dikenalpasti dari WKB2030 dan RMKe-12 (2025) untuk meningkatkan status sosioekonomi Bumiputera iaitu:
Sasaran awal dibawah WKB2030
i. Sumbangan Lebihan Kendalian Kasar (GOS) perusahaan Bumiputera sebanyak 20% kepada KDNK: RM438 bilion
ii. Nisbah penengah gaji upah mengikut etnik (B:C:1 = 1:1:1): RM5,169.12
iii. Nisbah penengah pendapatan isi rumah mengikut etnik (B:C:I = 0.9:1:1):RM18,402.68
iv. Nisbah kadar pulangan aset kewangan per kapita mengikut etnik (B:C= 0.6:1): RM4,495.65
Sasaran dibawah RMKe-12 (2025)
i. Bumiputera dalam pekerjaan mahir: 3,248,920
ii. Pemilikan kediaman Bumiputera: 4,758,469
TPB2030 dibangunkan bagi memastikan strategi kepada Bumiputera yang digariskan dalam WKB2030 dapat dilaksanakan dengan penglibatan bersama pemain utama industri dengan memberi fokus kepada 7 Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang disokong oleh 7 bidang keutamaan. Di samping itu, bagi memastikan agar pemerkasaan Bumiputera dipacu sehingga peringkat global, TPB2030 akan turut meneroka potensi bidang bernilai tambah tinggi, Bidang Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETA), seperti Pembinaan Moden, Aeroangkasa dan Industri Pertahanan & Keselamatan.
TERAJU mengadakan satu siri libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan melibatkan 694 peserta selama empat (4) bulan untuk mengenal pasti program pembangunan dan inisiatif untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah TPB2030. Ia berhasil mengenal pasti 142 program pembangunan dan inisiatif untuk memacu pembangunan sosioekonomi Bumiputera dengan sumbangan lebihan kendalian kasar (GOS) berjumlah RM201.5 bilion pada 2030 dan mencipta 406,995 pekerjaan. Pembiayaan berjumlah RM106.47 bilion daripada sektor awam dan swasta akan disuntik ke dalam projek rintis dan inisiatif yang dikenal pasti untuk mencapai sasaran akhir KEGA & PA
Dana Awam = RM14.742 bilion (13.8%)
Dana Swasta = RM 91.716 bilion (86.2%)
Pelaksanaan program-program pembangunan serta inisiatif di dalam TPB2030 akan dijayakan melalui kerjasama oleh sektor swasta (90%) dan Kerajaan (10%). Syarikat swasta yang berminat menjadi pemain dalam TPB2030 perlu mempunyai modal kerja serta pelan perniagaan yang kukuh dan berdaya-saing tanpa perlu bergantung kepada suntikan modal dari Kerajaan.
Bagi memastikan semua objektif TPB2030 dicapai, Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) telah ditubuhkan pada Januari 2021 untuk menetapkan hala tuju serta menyelia kemajuan keseluruhan pembangunan sosioekonomi Bumiputera di negara ini. TERAJU, selaku agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawab oleh MKB sebagai penyelaras utama TPB2030, menyelia dan memastikan semua sasaran Agenda Bumiputera di bawah RMKe-12 dan WKB2030 dipenuhi. Selain itu, TERAJU akan memastikan kelancaran pemudahcaraan berpusat projek dan inisiatif di bawah TPB2030 dan penyelarasan program Bumiputera serta integrasi pangkalan data Bumiputera. Ia juga akan bertindak sebagai sekretariat Jawatankuasa Pemandu MKB (JPMKB), Jawatankuasa Kerja MKB (JKMKB) dan Jawatankuasa Khas GLC & GLIC (JKHAS) yang akan melapor kemajuan dan menyediakan cadangan kepada MKB. Program pembangunan dan inisiatif akan dipantau oleh satu unit Khas Bumiputera di peringkat Kementerian iaitu Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) mengguna pakai sistem pengurusan prestasi yang rapi.
TERAJU akan memantau keberhasilan program dengan menggunakan pendekatan atas ke bawah (top-down approach). Dengan menggunakan kerangka Petunjuk Prestasi Utama (KPI) TPB2030, TERAJU akan mampu menjejak perkembangan dan pencapaian semasa KPI. Hasil pemantauan akan digunakan untuk makluman dan penyelarasan usaha penyelesaian masalah dalam kalangan pihak berkepentingan dan pemilik projek. UPAB akan melaksanakan pemantauan projek dan inisiatif melalui pendekatan bawah ke atas (bottom-up approach).
Syarikat pelaksana hendaklah memenuhi syarat utama iaitu sekurang-kurangnya 51% pegangan saham syarikat hendaklah dimiliki oleh Bumiputera. Walaubagaimanapun, syarat dan kriteria pendanaan adalah berbeza mengikut jenis pendanaan yang dipohon seperti contoh syarat utama bagi Dana Kemakmuran Bumiputera adalah 100% pegangan saham efektif syarikat dimiliki oleh Bumiputera. Kriteria dan syarat yang lebih terperinci akan dimaklumkan oleh TERAJU kepada syarikat memohon atau pelaksana.
Had dana adalah bergantung kepada jenis pendanaan/ pemudahan yang dipohon dan juga tertakluk kepada terma rakan strategik TERAJU yang terlibat.
Boleh. Kami menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat milik Bumiputera dalam TPB2030. Walaubagaimanapun, pendanaan yang akan ditawarkan (sekiranya layak) adalah kepada satu pemegang saham sahaja walaupun dengan syarikat yang berlainan.
Pemudahan dan intervensi yang ditawarkan oleh TERAJU adalah dalam bentuk mudahcara, sebagai contoh; akses kepada pasaran, pelaksanaan polisi “carve-out and compete” dan juga program-program yang ditawarkan oleh agensi dan GLC di bawah TPB2030.
Dokumen dan maklumat yang diperlukan adalah seperti yang dinyatakan didalam bahagian maklumat projek. Pihak TERAJU akan berhubung dengan syarikat pelaksana jika dokumen lain diperlukan dalam fasa pemerikasaan wajar.
Buat masa ini, hanya syarikat sdn bhd sahaja yang boleh menyertai program TPB2030. Penyertaan “enterprise” akan dipertimbangkan untuk fasa seterusnya di masa hadapan.
Syarikat pelaksana boleh menjalankan 2 projek iaitu 1 projek baru dan juga 1 projek dari senarai projek yang dicadangkan dalam TPB2030 mengikut KEGA yang tersenarai.
Untuk memastikan keselamatan data anda, myTPB2030 telah menggunakan ciri-ciri keselamatan terkini dan amalan terbaik oleh pihak industri. Ciri-ciri keselamatan terkini dan amalan terbaik tersebut termasuklah SSL/TLS untuk data in-transit dengan menggunakan encryption dan data at-rest dengan menggunakan cryptographic module.
DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMAN SELEPAS INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH, SILA JANGAN MENGAKSES, ATAU SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI ATAU MANA-MANA HALAMAN YANG SETERUSNYA DENGAN SERTA MERTA.
Istilah "anda" hendaklah merujuk kepada pelawat laman web ini dan pengguna Perkhidmatan.
Istilah “Perkhidmatan” hendaklah merujuk kepada perkhidmatan pendaftaran atas talian untuk Program TPB2030.
Istilah “Syarikat-syarikat Berkaitan” hendaklah merujuk kepada pihak ketiga yang bertindak bagi pihak TERAJU sebagai ejen-ejen, pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat-penasihat profesional yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada TERAJU.
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.
Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat am ini atau syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh TERAJU jika berkaitan, dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pengguna, dan TERAJU sebagai penyedia perkhidmatan laman web ini bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.
Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat ini.
Akses anda ke laman web ini dan penggunaan Perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini.
Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam laman web ini setiap kali anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam laman web ini.
Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, anda dengan ini bersetuju bahawa akses kepada laman web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko anda sendiri dan anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan laman web ini dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses anda kepada laman web ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan.
Terma dan Syarat ini adalah hendak terpakai tanpa had atau pengecualian kepada semua ke laman web ini atau sebahagian darinya, sama ada melalui internet, telefon bimbit dan/atau alatan elektronik perantaraan dan/atau penggunaan isi kandungan dan/atau Perkhidmatan.Anda hendaklah memastikan bahawa akses dan/penggunaan Perkhidmatan adalah melalui laman web ini yang ditentukan oleh TERAJU dari semasa ke semasa.
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa TERAJU tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau 'exemplary', termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
Akses anda ke laman web ini mesti, pada setiap masa, mematuhi sebarang garis panduan, arahan TERAJU atau sebarang perundangan, peraturan atau penggubalan yang dikenakan dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang terkandung di sini, dalam apa cara pun. Tanpa prejudis kepada kenyataan umum yang terdahulu, anda tidak akan atau membantu mana-mana pihak untuk menggodam atau memperoleh akses tanpa kebenaran ke laman web ini atau sebarang perkhidmatan di sini mahupun mengganggu akses dan penggunaan laman ini oleh orang lain.
Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa anda tidak akan menjalankan ataupun membantu mana-mana pihak menghantar komunikasi, maklumat atau bahan-bahan yang menjejaskan hak kami atau hak orang lain, yang menjelikkan dari segi moral, yang menjejaskan sistem internet takaful kami atau sekuriti sistem internet takaful atau sebaliknya yang menyalahi undang-undang.
Klausa-klausa yang berikut mengenepikan atau menghadkan liabiliti perundangan kami untuk laman web ini. Anda patut membacanya dengan teliti.
Sementara kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan ketetapan, ketersediaan, kebenaran dan perlengkapan (dalam konteks tujuannya) tentang maklumat dan material yang terkandung dalam laman web ini, semua maklumat dan bahan termasuk maklumat tentang perkhidmatan, data, teks, grafik, pautan atau lain-lain perkara yang dibekalkan hanya ‘seperti dipaparkan, dan ‘seperti tersedia’ dan dibekalkan hanya untuk maklumat dan rujukan anda. Oleh yang demikian TERAJU tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kelengkapan maklumat dan bahan sebegini dan menyatakan penafian liabiliti untuk kesilapan atau tertinggal maklumat dan bahan sebegini. Penggunaan seterusnya adalah di atas risiko anda sendiri. Tiada jaminan apa-apa pun, tersirat, tersurat atau statutori, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan tajuk, bukan pelanggaran hak-hak pihak ketiga, kebolehniagaan, kepuasan kualiti, kesihatan untuk tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus komputer, diberi berhubung dengan laman web ini, atau sebarang makluman dan bahan yang terkandung dalamnya. Tiada jaminan diberi bahawa akses sebarang maklumat atau bahan pada laman web ini atau keseluruhan laman web akan dibekalkan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan atau bahawa sebarang kecelaan yang dikenal pasti akan dibetulkan. Lebih-lebih lagi, tiada jaminan diberi bahawa laman web ini atau sebarang maklumat atau bahan bebas daripada sebarang virus atau lain-lain kod, ejen, program atau makro yang bahaya, merosakkan atau memburukkan. Kami tidak membuat perwakilan atau jaminan mengenai ketepatan, kefungsian atau prestasi perisian mana-mana pihak ketiga yang boleh digunakan berkaitan laman web ini.
Laman web ini adalah bertujuan untuk mereka yang hanya mengaksesnya dari dalam Malaysia dan tiada apa-apa akan ditafsirkan sebagai TERAJU memberikan maklumat dan kemudahan takaful di luar Malaysia. Bahan-bahan dan maklumat dalam laman web ini tidak bertujuan untuk diguna oleh orang yang berlokasi atau penduduk dalam bidang kuasa yang menyekat pengagihan bahan-bahan dan maklumat sebegini dan kami tidak menjamin bahawa laman web ini mematuhi atau sesuai untuk digunakan di tempat-tempat di luar Malaysia. Anda perlu sedia maklum tentang dan mematuhi sebarang undang-undang, peraturan dan amalan tempatan yang berkaitan sama ada berkaitan kepada sekatan-sekatan atau sebaliknya dan juga sebarang kebolehgunaan seterusnya menurut keadaan individu anda.
Tanpa menjejaskan kenyataan umum yang terdahulu, sebarang maklumat atau bahan pada perkhidmatan yang dituju sebagai maklumat umum kepada orang-orang dalam Malaysia sahaja. Tiada apa-apa pada laman web ini patut dianggap sebagai nasihat atau cadangan terhadap produk dan perkhidmatan mahupun sebarang tawaran atau permintaan untuk membeli produk dan perkhidmatan tersebut. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional pada setiap masa dan memperoleh pengesahan bebas bahan-bahan dan maklumat yang dibekalkan pada laman web ini sebelum membuat sebarang pelaburan, perniagaan atau keputusan komersial berdasarkan sebarang bahan dan maklumat sebegini.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengguna laman web ini oleh diri anda dan/atau mana-mana orang mengguna komputer anda dan anda mesti memastikan bahawa mana-mana orang sebegini mematuhi dengan terma dan syarat di sini. Sekiranya anda berada dalam lingkungan undang-undang pihak berkuasa tidak membenarkan atau mengenakan sekatan pada akses terhadap kandungan laman web ini, sejurus itu anda akan berhenti mengakses atau mematuhi sekatan sebegini (mengikut mana yang berkenaan).
Hak cipta dalam laman web ini dimiliki oleh TERAJU. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian di sini boleh dikeluarkan semula, diedarkan, diterbitkan semula, dipaparkan semula, disiarkan, hiperpautan, dirangka atau dihantar dalam apa cara atau dengan sebarang cara atau disimpan dalam sistem mendapat kembali maklumat tanpa kebenaran bertulis TERAJU terdahulu. Anda juga tidak boleh, tanpa kebenaran TERAJU, masukkan hiperpautan ke laman web ini pada lain-lain laman web, dirangka atau “cermin” mana-mana bahan yang terkandung pada laman web ini pada lain-lain pelayan.
Semua teks, grafik, imej, lukisan, foto, video atau lain-lain multimedia atau sebarang gabungan daripadanya yang tersedia pada laman web ini pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan tanda perkhidmatan dan sebarang Hak Harta Intelektual yang berkenaan atau hak milik, semuanya ialah harta TERAJU dan di mana berkenaan, hak milik pihak ketiga. Tiada hak atau lesen diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk memuat turun, mencetak semula atau mengguna sebatang kandungan tersebut. Tiada cap dagang atau tanda perkhidmatan dipaparkan pada laman web boleh digunakan sebagai pautan kepada mana-mana laman ahli TERAJU atau mana-mana laman lain melainkan jika penubuhan tersebut dan penggunaan cap dagangan tersebut atau tanda perkhidmatan diberi kebenaran bertulis terdahulu oleh TERAJU.
Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah terpelihara.
Di mana kami bekalkan pautan hiperteks ke lokasi lain pada internet, ini dilakukan untuk tujuan maklumat sahaja. Tiada pengendorsan atau kelulusan mana-mana pihak ketiga atau nasihat, pendapat, maklumat, produk atau perkhidmatan mereka dinyatakan atau tersirat oleh sebarang maklumat pada laman web ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman web lain atau petikan daripada pautan atau halaman berkaitan atau berpaut ke laman web ini. Kami tidak mengesahkan kandungan mana-mana laman web sebegini. Mengikut pautan-pautan ke lain-lain laman web atau halaman adalah di atas risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerosakan atau dalam sebarang cara lain berkaitan hubungan dengan pautan.
Pautan laman untuk memuat turun perisian hanyalah untuk kemudahan dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kesukaran atau akibat berkaitan dengan memuat turun perisian tersebut. Penggunaan sebarang perisian yang dimuat turun ditadbir oleh terma perjanjian lesen, jika ada, yang disertakan atau dibekalkan dengan perisian tersebut.
Mesej-mesej yang dihantar melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya kerana mereka tertakluk kepada kemungkinan pemintasan atau hilang atau kemungkinan pindaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara tersebut dan tidak menanggung apa-apa terhadap anda atau mana-mana orang untuk sebarang ganti rugi atau sebaliknya berkaitan dengan sebarang mesej yang dihantar oleh anda kepada TERAJU dan/atau Syarikat-syarikat Berkaitan atau sebarang mesej yang dihantar oleh TERAJU dan/atau Syarikat-syarikat Berkaitan kepada anda melalui Internet.
Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan sentiasa melindungi TERAJU dan Syarikat-syarikat Berkaitan daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian (secara langsung atau tidak langsung) dan perbelanjaan, termasuk sebarang yuran perundangan pada dasar menanggung rugi sepenuhnya, yang mungkin disebabkan oleh TERAJU dan/atau Syarikat-syarikat Berkaitan dengan atau akibat daripada:
Kegagalan TERAJU untuk melaksanakan atau menegakkan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak mewakili penepian hak atau peruntukan tersebut.
Sekiranya mana-mana daripada terma dan syarat ini ditetapkan tidak sah atau tidak boleh dikenakan menurut sebarang undang-undang, yang berkaitan dengan TERAJU, lalu peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikenakan akan dianggap telah digantikan oleh peruntukan yang sah, boleh dikenakan yang paling sepadan dengan peruntukan asal, tanpa memansuhkan sebarang peruntukan lain terma dan syarat di sini.
Dengan mengakses laman web ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan melalui laman web ini, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia: